Pendaftaran perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal atau Perkongsian) boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal SSM4U.
Berikut ialah langkah-langkah lengkap untuk mendaftar perniagaan Enterprise anda:
Langkah 1: Daftar Akaun Pengguna SSM4U
- Layari portal rasmi SSM4U.
- Klik pada butang Register Now untuk mendaftar sebagai pengguna baharu.
- Isi maklumat peribadi anda seperti nombor kad pengenalan (MyKad) dan nama penuh dengan betul.
- Klik Proceed untuk teruskan. Halaman ‘User Profile Registration’ (Pendaftaran Profil Pengguna) akan dipaparkan.
- Pengguna dikehendaki menetapkan kata laluan dan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Tandakan ✓ pada Terma & Syarat.
- Klik ‘Register’ (Daftar) dan kemudian klik ‘OK’ untuk menghantar pendaftaran.
- Mesej ‘Registration Success’ (Pendaftaran Berjaya) akan dipaparkan pada skrin.
- Pengguna akan menerima e-mel pengesahan untuk mengesahkan alamat e-mel yang telah didaftarkan.
- Sila semak mesej pengesahan e-mel tersebut dan klik link dalam e-mel untuk mengesahakan alamat e-mel anda.
- Layari portal SSM4U dan masukkan ID pengguna dan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan untuk log masuk.
Langkah 2: Pengesahan Identiti Untuk Pengaktifan Akaun Pengguna Baharu (Sekali Sahaja)
Pengguna yang baru mendaftar di SSM4U perlu mengesahkan akaun mereka melalui salah satu cara berikut:
A. Dengan mengunjungi kaunter SSM berhampiran
Untuk pengesahan fizikal akaun SSM4U anda, sila kunjungi kaunter SSM, dan jangan lupa bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan cap jari anda.
- Pengguna dikehendaki meletakkan ibu jari pada pembaca kad untuk pengesahan cap jari.
- Setelah pengesahan cap jari berjaya, satu e-mel pengesahan akan dihantar yang menyatakan bahawa akaun SSM4U telah disahkan.
- Anda sudah boleh mengakses Portal SSM4U untuk membuat permohonan menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
B, Dengan Mengunjungi Kiosk Tap.it.
Pengguna SSM4U yang mendaftar menggunakan jenis ID MYKAD, MYPR, MYKAS dan MYTENTERA boleh mengesahkan akaun mereka melalui Kiosk Tap.it. Untuk menyemak lokasi Kiosk SSM Tap.it, sila layari pautan ini https://www.tapitnetworks.com/location-ssm
- Sila sentuh skrin Kiosk untuk memulakan transaksi dan pilih ikon ‘SSM’ untuk meneruskan.
- Pilih “SSM4U Activation” untuk mengaktifkan akaun SSM4U anda.
- Sila masukkan kad MyKAD, MyPR, MyKAS, atau MyTentera anda ke dalam slot kad.
- Sila imbas cap ibu jari anda.
- Keluarkan kad pengenalan anda setelah proses imbasan cap ibu jari selesai.
- Jika maklumat yang dipaparkan adalah betul, sila klik butang “Confirm” untuk mengesahkan transaksi. Jika terdapat sebarang kesilapan pada maklumat yang dipaparkan, pelanggan boleh menghubungi pegawai SSM di kaunter untuk mendapatkan bantuan.
- Maklumat pengaktifan akaun SSM4U yang berjaya akan dipaparkan pada skrin. Tekan butang “Done” untuk menyelesaikan transaksi.
- Anda kini boleh log masuk ke SSM4U menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang ditetapkan semasa proses pendaftaran akaun SSM4U.
Langkah 3: Permohonan Pendaftaran Perniagaan Baharu
Selepas akaun diaktifkan, log masuk semula ke akaun SSM4U anda. Klik pada logo (banner) EzBiz di bawahnya untuk dibawa ke sistem EzBiz:
- Pergi ke tab My Business Services > klik New Business Registration (Borang A).
- Isi Maklumat Utama (Main Information): Masukkan nama perniagaan yang anda mahukan.
- Nama Sendiri (Contoh: Ali bin Awang) – Lebih murah dan biasanya diluluskan secara automatik.
- Nama Tred (Contoh: Indah Bestari Enterprise) – Perlu melalui proses semakan dan kelulusan nama daripada pihak SSM terlebih dahulu.
- Isi Maklumat Perniagaan: Masukkan tarikh mula berniagaan, alamat premis perniagaan (alamat utama), dan alamat cawangan sekiranya ada.
- Isi Kod Jenis Perniagaan (Jenis Perniagaan): Pilih kod sub-sektor (kod MSIC) yang paling bertepatan dengan jenis aktiviti perniagaan yang anda jalankan.
- Maklumat Rakan Kongsi: Jika ia adalah perniagaan perkongsian, masukkan nombor MyKad rakan kongsi anda pada bahagian Owner Information (pastikan rakan kongsi tersebut juga sudah mempunyai akaun EzBiz yang aktif).
Langkah 4: Buat Pembayaran (Fi Pendaftaran)
Pergi ke bahagian Fee & Declaration, tandakan pengesahan deklarasi, dan teruskan ke gerbang pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan secara terus melalui kad debit/kredit atau perbankan internet (FPX).
Kadar Bayaran Tahunan SSM:
- RM30 setahun – Menggunakan Nama Sendiri.
- RM60 setahun – Menggunakan Nama Tred.
- RM5 setahun – Bagi setiap cawangan tambahan (jika ada).
- RM10 – Untuk salinan Maklumat Perniagaan (Business Profile).
Langkah 5: Kelulusan dan Muat Turun Sijil
Proses kelulusan oleh pihak SSM biasanya mengambil masa dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel terdaftar. Setelah diluluskan, anda boleh memuat turun Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) dan Business Profile terus daripada portal EzBiz dalam format PDF untuk dicetak.

